Wednesday, June 17, 2009

new sketch book

yeah.buku conteng-conteng baru.13/06/09.jasima ttdi.
(i) johnLennon.Beatles. (ii) doodling (iii) tanya?



Click image to ENLARGE

Tuesday, June 9, 2009

Dua Dunia

1..2..3..


------------------------------------------------------

Monday, May 11, 2009

Rumah Impian Malaya

Home sweet home.

rumah bwh nie milik YTL Design Group. somewhere around Kuala Lumpur.. yes yes..Kuala Lumpur, Malaysia!!! taksangkakan ada rumah stylo mcm nie dkt m'sia. rumah nie ada 9 bilik tidoq, 2 family room, kitchen and private dining, libary, game room, public reception, formal dining, ballroom, chapel, 21bathrooms (apsl byk sgt :p), a swimming pool, 2 guest suites + indoor private and guest parking. fuhhh~aku kasi link utk page utk korang usha sendiri rumah nie dan rumah2 lain yg cun. http://www.thecoolhunter.net/architecture/YTL-Residence-Kuala-Lumpur/
bg aku rumah nie tk la cantik sgt pon, ader lagi yg cantik. tapi sbb rumah nie stylooo. lain dr lain. mesti harga rumah nie berbillion-billion zillion rupiah nie. tgk balik wallet setakat nie mungkin aku hanya boleh beli 2-3 pasu bunga dpn rumah nie. adakah itu permulaan yg baik??hmmm (-_-")




Friday, November 14, 2008

koleksi dr handset cokia 3200


dkt makmal bahan dgn amer-isyraqi // x-hibition midvalley '04 // cover kotak pencil form5 yg ada signiture mak aku// percubaan sahroni buat dadih//rashdan studi dimeja studi aku//amer-rafiq bersama air ribena kegemaran//logo smkdso-man.utd-kuittho//team makmal//zarith nephew yg berjiwa ultraman// azril cuba mengayat azeni, kantoi disitu//dataran batu pahat//dkt serdang masa praktikal//menara aloqsetaq


sabrina//alfa romeo x-hibition midvalley '04//kekawan menunggu dpn dewan sebelum test// taufeeq roommate pengumpul baju kaler hitam//1st handset aku setelah mengumpul wang kerja pump-attdnt selama sebulan//hamzah mencuba basikal amirul,kantoi disitu// ampang birdview dr atas rooftop bangunan apentah//cover cd anggun//welding//senyuman drp batrisya//padat + sendat dlm kereta gayour// gayour kononya si pendekar//projek heat treatment//khuzaifah kanak-kanak riang// quistina natrah + qhamarina najwa

Wednesday, November 5, 2008

Saturday, October 25, 2008

from ParitRaja & Skudai with Love

Mari berceritera tentang beberapa tmpt hang-out semenjak aku melabuhkan diri di selatan tanah melayu Johor nie. terutamanya tmpt makan. ala tempat makan dkt gerai-gerai kechik tepi jalan tue je. besa la student yg sentiasa kempis uncang saku-mana nk mampu nk pegi Starbuck, DunkinDonut, etc.Ya.-aku nk tribute entry kali nie dkt gerai-gerai feveret aku selama aku di JohorDarulTa'zim.

utk yg tk tahu. goreng pisang disini cicah dgan sambal kicap. sejak sampai ke Batu Pahat, agak heran jugak masa awal. apehal nk cicah dgan kicap plak, sos cili sudahhhh (-_-").

gerai goreng pisang+tebu depan asrama student KUiTTHO, boleh dilabelkan sebagai 'THE KILLER'. takdela-aku je yg bg title nie.hahaha. gerai kecik Wak tue sentiasa seperti mengamit-gamit utk singgah sblm balik asrama. air tebu dia tk pakai gula dh, mmg dh manis pun. seringgit sebungkus air tebu ditambah dgan seringgit-dua ringgit goreng pisang sudah memadai utk melepas gian. perkataan gian teramatlah sesuai utk dipraktikkan kerana mmg ketagih betul. tambah pulak, tengok karektor Wak tue yg agak serious dan bertutur jawa pekat. secara terang-terang akan memberitahu giliran sapa yang sampai dahulu. "ha, dia datang dulu sebelum kamu, goreng pisang selepas nie dapat dekat dia dulu, lepas nie baru kamu, kemudian kamu dkt belakang tue pulak." Aku dgan member2 hanya mampu tersenyum tgk gelagat Wak. :)

dan satu hari, bila rombongan dari kedah dtg. Mama+my sister+famili Pakteh singgah di ParitRaja sblm pergi hantar sepupu aku masuk orientasi UTM. aku syorkan goreng pisang dkt sini. up up pasal goreng pisang dgan sambal kicap. tp pergi beli digerai lain. skali kuah kicap tue cair giler, tk menepati kualiti kepekatan kicap yg sepatutnya. dah macam seperti indah khabar dari rupa. Misi utk promote goreng pisang -gagal- dan diakhiri dgan gelakkan dari sepupu-sepupu aku (v_v)

kalo dkt Parit Raja ada satu lagi tmpt best. depan PublicBank. Makanan dia Murah + Sedap + Banyak, suatu kombinasi formula yg sentiasa dimahukan oleh setiap pelajar. kalo order- nasi dia serious penuh pinggan, lauk pulak potong besa-besar. nie barula nama nk meniaga gerai makanan. ikhlas. tambah plak tokey dia dulu student kuittho jugak, so dia pon paham apa yg student mau.

kalo gerai lain kebanyakknnya diorang letak gadis-gadis sbg pengambil order. tujuannya nmpk sgt sebagai pelaris utk tarik student laki. setengah dressing mcm nk pergi kenduri kahwin. tapi takleh mengorat anak-anak org jawa nie, bahaya, hahaha. sebab?? mana boleh bgtau. :p

To be continued....next skudai

**kembali menyambung slps 8jam terhenti**

Gerai cendol taman universiti. bersebelahan dgan pasar basah. ada 4 gerai sederet yg jual benda yg sama. Pisang goreng, Cendawan goreng, Ubi goreng,dan sewaktu-dengannya. Tapi apa yg nk di-highlight di sini cendol yg dijual. Kalau teingin/mengidam nk minum cendol-aku akan kesini.

Last but not least, Gerai cucur udang blkg kampus UTM sangat best. Business open selepas asar,kena pegi awal, pukul 6 kadang2 dh habes. Ada hari tertentu akan nmpk sekumpulan budak2 berlatih teakwando depan gerai yg berhampiran dgn taman permainan. Makcik yg menjual nie dtg dari Baling, Kedah dengan loghat utara yang masih pekat. Aku pon mengaku org kedah semasa urusan membayar dgn harapan mendapat diskaun, tp maseh gagal. Adakah kerana dia sangsi dgan loghat utara aku yg semakin hilang... (v_v)